Assalamualaikum, And Salam Jumaat.
Jumaat utuk muslim ; Friday for MuslimTerkejut? jgn terkejut degan post yang akan diutarakan ini.
Berkaitan dengan isu penghinaan Junjungan Kita, Nabi Muhamad s.a.w yang sibuk diperkatakan di facebook dan juga di blog.
Disini bukan untuk membela yang menghina Nabi Muhamad.
Cuma untuk membuka mata kepada semua muslimin akan kesedaran kita terhadap islam.
Kalau kita lihat dekat mana-mana sahaja, nampak tak perbezaan antara Islam Dan Bukan Islam?
Dari segi pakaian, perbuatan, makanan. Dah mcm sama jer kan?
Nak bukti? Perbuatan seperti tidak bersolat, tidak amanah, berseronok di tempat hiburan yang melalaikan. Makanan pulak yang setahu saya jarang makan yang haram. Tapi kalau minum tu mungkin ada.. Minum arak atau ramai yang menamakan ia sebagai air setan.
Bab pakaian pulak, cukuplah melihat artis wanita yang seolah2 berpakaian tetapi telanjang. Seperti tidak memakai tudung, berpakaian yang seperti tidak cukup kain. Kalau dimajlis perkahwinan pulak, buka tudung semata-mata untuk bergambar mengenakan gaun pengantin dan dipamerkan di khalayak ramai. Rasa2 nyer banyak lagi fesyen pakaian pengantin bertudung. Pilih ler yang sesuai. (Aku nak pilih baju aper ek nak kawin nanti?)
Maka bila ada nyer page di facebook yang menghina Nabi Muhammad a.k.a menghina Islam, kenapa kita tidak menyiasat dulu dari mana punca hal ini berlaku. kenapa kita tidak menegur orang yang melanggar etika Islam dahulu sebelum kita membahas isu ini?
Pernah dengar tak, orang yang menghancurkan islam ialah bukan org lain, tetapi org islam sendiri. (betul ke tak ayat tu? tp lebih kurang mcm tu lah).
Yang paling sedih nyer org Islam sekarang bukan mengamalkan ayat Al-Quran sebagai panduan hidup, tetapi sebagai menghalau hantu. Sedih tak? Sedih kan...kan...kan...
Jadi kita betulkan lah mana yang bengkok dahulu. Kenapa kaitkan etika Islam zaman sekarang dengan page dekat Facebook tu? Ini kerana untuk kita semua membuka minda tentang masalah yang lebih berat dan tidak memandang remeh tentang hukum Islam. Disebabkan kelonggaran kita ini lah, musuh-musuh kita saling mencaci maki akan Nabi Muhammad s.a.w dan Agama Islam yang kita cintai.
Syida Says: I do because I care.












0 Leave Your Snow Here:
Post a Comment
What U think? Don't save it, just share with me :D